SUATU MALAM DI KUBUR...
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur
dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara”Fuuuhh…terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje”.
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :
“Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??”
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!".
haha...cm ne plak die boleh bangun...??
BIJAK! BIJAK!
Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,
“Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.
Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.
Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah
Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.
“Permintaan ketiga?” Tanya ikan.
“Aku nak serangan jantung yang ringan,” jawab Wati.
oklA dada..!